iklan

Like Cherite Ini

Rabu, 18 September 2013

Rahsia Pergerakan Solat


Description: http://ts4.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=4722965787967943&id=9da8d345990b3c2b9b96dda671400dfb


1. Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10. Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

11. Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12. Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13. Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.


Selasa, 17 September 2013

Hukum Solat Jumaat


1.         Apakah hukum solat Jumaat?

Solat Jumaat adalah suatu kewajipan yang ditetapkan agama. Ia bukan sahaja dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bahkan ia juga telah disebut di dalam Al-Qur’an.

Jika seorang lelaki Islam tidak melakukannya, maka ia dianggap sebagai dosa besar. Malah, hukum menunaikan solat Jumaat lebih ditekankan dibandingkan dengan solat lima waktu oleh Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam. Disini Rasulullah bermaksud untuk menerangkan betapa pentingnya solat Jumaat dan betapa besarnya dosanya jika tidak melakukannya. Lelaki Islam yang tidak dapat menunaikannya haruslah menggantikannya dengan solat Zuhur. Akan tetapi, ia hanya diterima jika ia kerana sebab-sebab berikut; jika terlalu sakit, jika terpaksa jaga orang yang sakit tenat, jika terdapat ribut taufan yang besar atau jika dalam keadaan bermusafir.

                                                     
2. Berapakah jumlah jemaah yang harus ada untuk menunaikan solat Jumaat dan adakah ia hanya bolah dilakukan di dalam Masjid sahaja?

Menurut ke-empat-empat mazhab, jumlah jemaah bagi menunaikan solat Jumaat adalah seperti berikut:

Menurut mazhab Syafi’i dan Hambali, jumlah jemaah terendah adalah 40, tidak termasuk imam. Mazhab Maliki pula adalah 12, tidak termasuk imam, Bagi mazhab Hanafi pula, jumlahnya adalah 3, tidak termasuk imam. Solat Jumaat boleh dilakukan dimana-mana, selagi mana jumlah tersebut mencukupi.


3.         Apakah keuzuran daripada mendirikan solat jumaat?


Solat Jumaat adalah wajib bagi kaum lelaki. Bagi mereka yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, hati mereka akan ditutup oleh Allah s.w.t. Keuzuran bagi meninggalkan solat Jumaat adalah sama seperti keuzuran yang diberikan bagi meninggalkan mana-mana ibadat wajib yang tidak mampu dilakukan. Antaranya adalah pitam, gila, sakit terlantar sehingga tidak mampu bangun dan tiada yang dapat membawanya ke masjid, tugas yang terpaksa dilaksanakan yang mana ia menjaga keselamatan negara, tertahan (samada di penjara atau di tengah jalan) dan keadaan cuaca yang menghalang sama sekali pergi ke masjid.


Hukum Meninggalkan Solat Jumaat



الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)


Hari Jumaat adalah hari yang paling agung daripada hari-hari yang lain, sehinggakan keagungannya disebutkan dalam sebuah hadits bahawa hari Jumaat adalah lebih baik daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri. Daripada Abu Lubabah bin ‘Abdul Mundzir Radhiallahu ‘anhu, meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:




Maksudnya: “Sesungguhnya hari Jumaat ialah kepala sekalian hari dan hari yang terbesar di sisi Allah, dan ia lebih besar di sisi Allah daripada Hari Raya Adha dan Hari Raya Fitri...”



(Hadits riwayat Ibnu Majah)

Sembahyang fardhu Jumaat diwajibkan (fardhu ‘ain) ke atas setiap lelaki Islam yang merdeka, baligh, berakal, bermuqim dan tidak ada keuzuran. Kewajipan mengerjakannya ada disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam al-Qur’an, sebagaimana firmanNya:

Tafsirnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
(Surah al-Jumu‘ah: 9)


Meninggalkannya Melanggar Perintah Allah

Mereka yang ada keuzuran yang diberi kelonggaran (rukhshah) pada meninggalkan sembahyang berjemaah adalah tidak diwajibkan sembahyang fardhu Jumaat seperti sakit yang boleh menambahkan lagi sakit atau melambatkan sembuh, sakit cirit birit kerana takut akan mencemarkan kebersihan masjid atau sibuk kerana menguruskan mayat yang ditakuti jika dilambatkan akan menyebabkan mayat menjadi busuk.

Namun bagaimana pula dengan orang yang senghaja meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa sebarang keuzuran? Perlu diingat, sesiapa yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat tanpa ada uzur syar‘i adalah perbuatan dosa dan melanggar perintah Allah, apatah lagi jika meninggalkannya tiga kali berturut-turut, hatinya akan dicap oleh Allah sebagai hati orang munafiq.

Abu al-Ja‘di adh-Dhamriy Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali tanpa keuzuran maka dia adalah munafiq.”

(Hadits riwayat Ibnu Hibban)


Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Maksudnya:

“Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat tiga kali berturut-turut maka dia telah membuang Islam itu di belakangnya (meninggalkannya).”

(Hadits riwayat Abu Ya‘la)


Diriwayatkan daripada ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahhu ‘anhu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda kepada satu kaum yang tidak bersembahyang fardhu Jumaat, Baginda bersabda:

Maksudnya:

“Aku menitikberatkan (memerintahkan) supaya seorang lelaki itu bersembahyang dengan beramai-ramai (berjemaah), kemudian aku berazam untuk membakar rumah-rumah mereka (lelaki) yang meninggalkan sembahyang Jumaat.”



(Hadits riwayat Muslim)

Oleh itu, orang yang diwajibkan mengerjakan sembahyang fardhu Jumaat janganlah sekali-kali meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat melainkan ada keuzuran syar‘i. Ini kerana perbuatan itu adalah melanggar perintah Allah dan orang yang meninggalkan sembahyang fardhu Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut dicap sebagai orang munafiq.

Sumber : http://www.mufti.gov.bn/irsyad/pelita/2011/bil9-2011.pdf

Isnin, 16 September 2013

Berpakaian Ketat, Fida Ibrahim Dimaki Hamun Peminat?



Menerusi laman Instagram milik Fida Ibrahim, penyanyi yang terkenal dengan lagu Apo Kono Eh Jang itu dilihat sedang aktif berkongsi beberapa foto menariknya ketika sedang menjalankan sesi photoshoot.
Menerusi paparan foto itu, Fida kelihatan sangat anggun apabila menggayakan busana berwarna silver dan penampilan tersebut turut menyuntik eleman elegan buat si pemakai.
Bagaimanapun foto tersebut telah mengundang respon negatif dikalangan pengikut Fida, sehingga ada yang mendakwa penyanyi tersebut adalah mangsa fesyen dan menghamburkan kata-kata yang kurang elok.


Meskipun ramai yang mengkritik gaya pemakaian penyanyi tersebut, akan tetapi masih ada yang masih menyokong dan mengagumi gaya penampilan Fida Ibrahim.
Apa pun komen mahupun pandangan negatif peminat terhadap Fida, nampaknya penyanyi itu lebih selesa untuk mendiamkan diri dan tidak membalas segala kutukan tersebut.
Bagaimanapun, jom lihat beberapa foto anggun Fida Ibrahim selepas ini.

Gaya Pemakaian Shila Amzah Dikritik Peminat





Shila Amzah juga pernah menjadi mangsa sebelum ini akibat memuat naik sekeping gambar dirinya memakai pakaian sukan hingga menampakkan susuk tubuh badan.





Terbaru, Shila sekali lagi ditegur peminat yang kurang gemar melihat penyanyi itu berpakaian agak ketat dan berkongsi foto-foto tersebut di Instagram walaupun sudah berhijab.
Tidak cukup dengan itu, Shila turut menerima pelbagai kritikan selepas peminat melihat dia bergambar dengan penyanyi lagenda, Lionel Richie dalam jarak yang agak rapat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan