SATU
Hijab dari segi bahasa ialah
benda yang menutup sesuatu dengannya. Ia adalah kata terbitan daripada kata
akar 'ha-ja-ba' yang bermakna untuk tudung, untuk tutup, untuk tabir, untuk
lindung. Hijab dari istilah atau syarak ialah seluruh pakaian sopan bagi wanita
Islam. Selain itu, skarf kepala. Ia adalah sesuai dirujuk sebagai khimar.
Sejenis tutup kepala yang mana kain berbentuk empat segi lalu dilipat menjadi
segi tiga. Seterusnya diletakkan di atas kepala dan diketatkan di bawah dagu. Sesetengah
negara yang berbahasa arab dan negara-negara Barat, perkataan hijab selalunya
merujuk kepada penutupan kepala dan badan wanita. Tetapi dalam Islam, hijab
telah diberi erti yang lebih meluas iaitu kesopanan, bersendirian dan akhlak.
Dalam al-Quran, tudung disebut sebagai khimar.
Bahagian Hijab
Hijab terbahagi kepada dua
bahagian:
- 1. Hijab luaran iaitu kain baju dan pakaian.
- 2. Hijab dalaman iaitu sifat taqwa dan malu.
Hijab (bahasa Arab: حجاب ħijāb) adalah kata dalam bahasa Arab yang berarti penghalang. Pada beberapa negara berbahasa Arab serta negara-negara Barat, kata "hijab" lebih sering merujuk kepada kerudung yang digunakan oleh wanita muslim (lihat jilbab). Namun dalam keilmuan Islam, hijab lebih tepat merujuk kepada tatacara berpakaian yang pantas sesuai dengan tuntunan agama.
TIGA
Hijab berasal dari bahasa arab,
artinya sama dengan tabir atau dinding/penutup. Pengertian hijab yaitu selembar
kain yang digunakan untuk menutupi kepala melingkupi rambut, telinga, leher dan
(biasanya) dada. pemakaian hijab juga disertai dengan menggunakan pakaian yang
yang menutupi hingga ke ujung tangan dan kaki mereka.
EMPAT
Dalam Islam, tudung atau kerudung merupakan pakaian yang digunakan untuk menutup bahagian kepala seorang wanita. Bertudung adalah perintah Allah kepada setiap wanita Islam. Setelah seseorang wanita memeluk Islam maka wajib baginya bertudung sebagai sebahagian dari menutup aurat. Sementara kerudung sendiri di dalam al-Qur'an disebut dengan istilah khumur, sebagaimana terdapat pada surah An-Nuur ayat 31: "Hendaklah mereka menutupkan khumur (kerudung-nya) ke dadanya."
Darjah pemakaian tudung berbeza-beza mengikut tempat.
- Di sesetengah negara Arab, pemakaian tudung (atau salah satu keluarganya) diwajibkan. Di sesetengah negara lain pula, ia tidak diwajibkan, tetapi merupakan adat masyarakat.
- Di sesetengah tempat seperti di rantau Asia Tenggara, tudung dilihat sebagai pilihan peribadi. Ia merupakan hak wanita itu sendiri untuk memakainya atau tidak.
- Di Malaysia artis turut mempengaruhi gaya pemakaian tudung kerana semakin ramai artis Malaysia yang memakai tudung.
- Di sesetengah tempat lain pula, terutamanya di Dunia Barat, terdapat larangan untuk memakai tudung di tempat-tempat tertentu.
Fesyen dan jenis tudung juga berbeza-beza mengikut adab setempat:
- Burqa menutup seluruh badan manakala niqab menutup seluruh kepada.
- Tudung labuh atau mini telekung.
- Tudung bersegi seperti tudung bawal.
- Tudung sarung atau tudung mini.
- Selendang.
- Skarf.
LIMA
Dalam pada saya tercari-cari definisi hijab di internet, saya terjumpa http://books.google.com.my/. Menarik juga, selain tentang definisi hijab ada dipaparkan sejarah sebelum hijab dan banyak lagi. Antaranya:
Pola Makan Rasulullah
http://books.google.com.my/books?id=lWK-vXuMrM4C&pg=PA173&dq=definisi+hijab&hl=en&sa=X&ei=nKWwUfKgFs_HrQfwuoCoDQ&ved=0CC8Q6AEwAA
Kritik Ortodoksi Tafsir Ayat Ibadah, Politik dan Femenisme
http://books.google.com.my/books?id=le0PywNofkEC&pg=PA98&dq=definisi+hijab&hl=en&sa=X&ei=nKWwUfKgFs_HrQfwuoCoDQ&ved=0CDcQ6AEwAQ
Engkau Lebih Cantik Dengan Jilbab
http://books.google.com.my/books?id=hCrC8cDOOwsC&pg=PA69&dq=definisi+hijab&hl=en&sa=X&ei=nKWwUfKgFs_HrQfwuoCoDQ&ved=0CD0Q6AEwAg
Sebenarnya banyak lagi definisi yang ingin saya ketengahkan. Tapi saya pilih sumber-sumber dari internet yang mudah untuk difahami bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan