iklan

Like Cherite Ini

Mengenai....

Siapa pemilik blog Cherite Cheriti Hijab????

Saya Mama Luvenya hanyalah seorang wanita a.k.a surirumahtangga sepenuh masa. Ibu kepada tiga cahaya mata yang sedang membesar. Isteri yang setia kepada seorang suami yang amat dicintai. Tercetusnya idea untuk melahirkan blog ini dah lama sangat. Tapi kudrat daya jer yang takde. Bak kat pepatah "Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih". Puas memerah otak untuk mencari passion diri sendiri. Yelah dah jadi suri rumahtangga ni adakalanya boring kerap melanda diri. Bila dah datang angin boring umpama diri ini kosong tak mampu untuk mencari kepuasan diri untuk mengisi banyak masa yang terluang. 

Setiap kali dudok mengadap internet, Facebook yang sering dilayan. Dalam facebook tu banyaklah post tentang jual tudung. Perkataan tudung ni dalam media kurang sebut, sekarang banyak sebut "Hijab". Perkataan hijab ni lebih global skit. Macam-macam jenis hijab boleh jumpa. Ada yang menarik, ada jugak yang pelik. Bussines Hijab sekarang dah jadi satu fenomena. Berebut-rebut orang nak jual hijab. So dari situ saya lahirlah idea untuk buat blog yang bercerita tentang Hijab. Objektif blog ini nak sediakan maklumat tentang "hijab" secara detail. Tapi in the future kalau ada skit modal nak juge jual hijab kat blog ni. 

Selain tentang hijab, akan ada info-info lain untuk dijadikan paparan menarik dalam blog ini. Sebab iulah saya memilih nama Cherite Cheriti Hijab, pelbagai cerita untuk dikongsikan bersama kepada pembaca blog. 



So tak perlulah nak buang masa lagi, terus-teruskanlah masa untuk berblog.... O.K!!!

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan