Seperti yang
tersedia dalam Definisi Hijab, Hijab dari segi bahasa ialah
benda yang menutup sesuatu dengannya. Ia adalah kata terbitan daripada kata
akar 'ha-ja-ba' yang bermakna untuk tudung, untuk tutup, untuk
tabir, untuk lindung. Hijab dari istilah atau syarak ialah
seluruh pakaian sopan bagi wanita Islam.
Dari segi syara’
(istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga
orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun
dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan
supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan pakaiannya atau dengan
tinggal di rumahnya.
Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (kain tudung/penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutupi seluruh tubuh mereka.
Subhanallah.... selama ini kite biasa sebut hijab itu, hijab ini. Rupa-rupanya hijab ada pelbagai jenis.
Ikuti contoh gambar di bawah:
1. Khimar
Khimar adalah
hijab panjang yang menutupi seluruh dada dan diketatkan dibawah dagu.
2. Chador
Chador
adalah sejenis jubah yang potongannya menjuntai ke bawah hingga mata kaki tanpa
lubang tangan. Biasanya berupa potongan kain polos berwarna hitam di mana
penggunaanya dililitkan ke sekujur tubuh sehingga yang tampak hanya bahagian muka
si pemakai. Biasanya chador dipakai oleh wanita Iran.
Al-Amira Sejenis hijab yang terdiri dari 2 bahagian, biasanya memiliki sejenis topi atau
penutup bahagian depan kepala. Atau kalau kat Malaysia gaya Al-Amira ni serupa ngan inner seperti inner neck dengan inner ninja.
4. Shayla
Shayla adalah
selembar kain sejenis hijab yang banyak dipakai wanita di sekitar
wilayah teluk. Ciri-cirinya menutupi seluruh kepala dan dililit diatas bahu.
5. Niqab & Burqa
Niqab adalah
penutup wajah yang menutup dibawah mata, atau bahkan
seluruh wajah. Para ahli agama sepakat bahwa niqab bukanlah jenis kerudung yang
disyaratkan dalam quran. dalam ibadah haji, Niqab tidak boleh digunakan. Manakala Burka adalah
jubah yang menutupi mulai dari kepala hingga ujung jari kaki.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan