iklan

Like Cherite Ini

Sabtu, 29 Jun 2013

Gambar 11 fesyen gaya tudung wanita Malaysia, serius lawak!


Mama nak kongsi sikit 11 gambar fesyen tudung wanita Malaysia. Tapi jangan ingat Mama nak kondem wanita bertudung ye. Mama ambil petikan dari Terbakor.com, jangan sampai rentung. Yang penting aurat itu sangat penting untuk dijaga dan kalau nak bertudung, biarlah sempurna. Nak berfesyen boleh, tapi biarlah tudung itu nampak seperti Muslimah, bukan tudung agama lain. 




Cara pakai tudung ni mudah je…anak tudung..belasah je anak tudung apa…pin bawah dagu..kelepet tepi..amik cincin masuk ujung tudung tarik…siap..selalunya makcik2 banyak pakai style tudung ni….




Tudung ni pulak memang biase…makcik2 nak pi sebelah umah ..kuar2 jalan2..tudung bawal katanya…hujung tudung selempang kiri dan kanan..siap…pantas….




Ade satu masa tudung corak2 tudung macam ni memang sangat popular…ape lagi amik tudung ikat ke ..ala2 mudah dan cepat…so makcik2…paling sesuai ketika hendak ke pasar atau mengumpat dengan jiran sebelah…




Ha macam ni pun ade..fesyen anak tudung terkeluar…kadang tu sampai tutup kening….ni ala2 x nak bagi nampak anak rambut katanya….ni yang menekankan penutupan aurat ni…




Tudung yang memang popular tahun 80an..tudung cikgu bedah katanya…ikat belakang…jalannnn …lalalala





Bila dah masuk-masuk tahun 2000 tu..mula tudung wardina katanya…ikat..gulung2 kat kepala..nahhh sepit tepi muka..siap…wardina x muka saya?





Bila wardina punya tudung popular…ade lagi tudung baru..tudung binda katanya…nak jugakkk…. kannnn ala2 sebonjot kat tepi muka…chantek sangat aku….





Then kuar pulak tudung kain jersi..ala2 getah..ko sarung je..siap…mudah cepat….macam2 kaler ade…pelangi..tompok2..ko cakap je…(dah macam jep sepah dah ni)




Di gabungkan pulak dengan tudung lain..nampak kelainnan katanya…variasi katanya…yer kerr. Tudung jersi baru.




Ni pulak tudung ala2 mak datin…bagi nampak rambut…ala2 kelas tanya..bagi nampak remos (dah lama tak dengar perkataan ni)…. jambul…ko mampu?





Pernah nampak orang pakai tudung telinga cam ni?…ni ala2 fesyen penjual kain orang Kampuchia… meniaga katanya ..panas… bagi nampak telinga. Senang nak tawar menawar harga kain…bagi jelas dengor…



Kredit juga kepada tuan punya gambar, anda memang best! 

Mengawal Kemarahan Terhadap Anak Kecil



Anak adalah anugerah daripada Allah buat setiap ibubapa. Setiap apa pendidikan yang kita berikan kepada anak kita, itulah cerminan buat diri kita.

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun (prasekolah memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran kekecewaan kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya ibu bapa sekalian. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tips yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa bagi berusaha mengatasi masalah ini :

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang anda lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak ? Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja anda pulang dari bekerja dan mengambil anak dari taska, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dan sebagainya. Berikan perhatian pertama anda  kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di taska/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkan abang. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dan sebagainya. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan kita tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak contohnya. Layanilah dia sebaik sahaja ada kesempatan.

Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya kita sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan kita sekiranya kita pula yang memanggilnya.

The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh harapkan anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personaliti Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, kita boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, kita boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai lain beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, kita suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti sendiri lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula misalanya) jika kita dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa atau mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa atau mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri kita dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan hati. Tumpukan perhatian kita terhadap kelebihan tersebut, jangan ingat kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai solat agar Allah memudahkan kita mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang kita inginkan setiap kali kita berinteraksi dengan anak. Boleh juga tukita berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan kita kepadanya

Misalnya ‘papa dan mama sayang kakak, papa dan mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang kita mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa dan mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa dan mama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali.

Ibubapa sekalian juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Sebagai ingatan, sesungguhnya mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga semua ibu bapa lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.


Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada ibu bapa. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

Khamis, 27 Jun 2013

Amalan Selepas Solat




Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ"astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR Muslim)

Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.” (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)

Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

Nabi bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR Thabrani no.7532)



Sumber dari http://sabksmasra.bpi.edu.my

Sebab Allah Menemukan Kita Dengan Orang Yang Salah


Kepada yang mencari kesempurnaan cinta, mungkin anda boleh membaca artikel ini :   Kesempurnaan Cinta

Ok, anda pernah kecewa kerana cinta? Ditinggalkan kekasih? Ini mungkin jawapan kepada yang berlaku kepada anda..

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat dan diriku yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..
Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan perintahNya, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan