Apabila
kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan
kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi, meninggalkannya
terus. Jikadilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan
solat:
Subuh:
2 rakaat
Zuhur:
4 rakaat
Asar:
4 rakaat
Maghrib:
3 rakaat
Isyak:
4 rakaat
Jadi
jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan
solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil
untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34 minit. Dalam sehari ada
24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk
menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36%.
Bagaimana
pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7 bersamaan 238 minit. 238 minit
bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam
sebulan ada 4 minggu.3.97 jam darab 4 bersamaan dengan 15.88 jam.
Dalam
setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56 jam. 190.56
jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah bersamaan dengan 7.94 hari.
Rupanya dalam setahun, masa kita untuk sembahyang hanyalah lebih kurang 8 hari.
Kita
kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur seseorang adalah
sehingga 60 tahun. Umur 10 tahun merupakan umur seseorang mencapai akil baligh
dan sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini bermakna, seseorang yang
berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50 tahun. Jika dalam setahun, masa yang
diambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh waktu 50
tahun, masa yang diambil untuk menunai solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih
kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan.
Bayangkan
dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1
bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita untuk menunai solat. Itupun
kadangkala masa solat kita kurang kerana uzur, jama', kurang 2 rakaat untuk
solat Jumaat.
Jika
difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok wayang 2 jam,
shopping berjam-jam, 34 minit tu tak luak pun masa 24 jam kita untuk sehari.
Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita dan menghargai masa 34
minit itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan