Dalam pada Mama sibuk mencari info dalam internet ni, Mama tertarik dengan artikel bertajuk Adab Berhias Diri Dalam Islam, sumber dari http://www.sabah.edu.my/cwm010/adabberhiasdiri.htm. Nota Tingkatan Empat lagi!!!. Time ni la Mama terfikir, masa sekolah dulu pernah belajar ke? Lupa kot... atau sebenarnya tahu sikit-sikit tapi buat tak endah jek. Itu yang boleh lupa tu. Tidaklah kiralah wanita mahupun lelaki kena ambil tahu tentang adab berhias ni. Mama percaya tak semua orang tahu mengenai adab berhias. Yang tahu selepas mandi, dah pakai baju terus ambik sikat menghadap depan cermin ( lelaki la tu). Bagi wanita pula pakai tudung elok-elok lepas tu touch up muka dengan bedak dan gincu. Betul tak? Cuba duduk sekejap dan baca artikel Mama ni. Mama pun sama, bila dah baca baru tau betapa pentingnya adab berhias ni.
1. ASAS
/ ADAB BERHIAS DIRI
- Menggalakkan amalan mandi
- Ia
menjadi wajib bagi tujuan menyucikan dir dari hadas besar
- Sunat
dengan keadaan tertentu seperti mandi hari raya dan lain-lain
- Antara
adab ketika mandi ialah tidak membazir menggunakan air
- Bersugi atau gosok gigi
- Memakai bau-bauan
- Disunatkan bagi lelaki jika hendak ke
masjid
- Haram bagi wanita jika memakai bauan
yang berlebihan di khalayak ramai / dengan orang bukan muhram.
- Menyikat rambut
- Antara adab yang ditekankan oleh
rasulullah.
- Memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan bulu-bulu ari.
- Menyimpan kuku yang panjang
bertentangan dengan ajaran islam.
- Menghias muka
- Islam hanya menuntut umatnya menghias
muka dengan cara sederhana
- Membuang atau mencukur bulu kening untuk menarik perhatian adalah diharamkan oleh Islam.
- Cara berpakaian yang mengikuti syarak
- Garis panduan berpakaian yang
diletakkan oleh Islam
i. Berniat
untuk menzahir dan mensyukuri nikmat Allah
ii. Bukan
tujuan berbangga diri
iii. Bertujuan
menutup aurat
iv. Tidak
jarang yang menampakkan aurat
v. Tidak
ketat yang boleh memperlihatkan susuk tubuh badan
vi. Tidak
menyerupai pakaian upacara agama bukan islam
2. PERBUATAN BERHIAS YANG DILARANG OLEH
ISLAM
- Memakai emas / sutera tulin bagi lelaki
- Berpakaian yang berlawanan jantina
- Menyambung rambut ( sama ada menggunakan rambut asli atau palsu )
- Membuat tatu
- Pembedahan anggota badan untuk kecantikan
3. HIKMAH BERHIAS DIRI
- Disukai Allah dan manusia
- Menjauhkan diri dari kehinaan
- Mendapat pahala kerana menzahirkan nikmat Allah
- Menjaga maruah diri dan agama
4. TUJUAN BERHIAS DIRI
- Selaras dengn fitrah manusia yang inginkan kecantikan dan bersih
- Menzahirkan nikmat Allah
- Mensyukuri nikmat Allah dengan menjaganya sebagai tanda terima kasih dikurniakan tubuh badan yang cantik dan sihat
Lepas dah baca ni sama-samalah kite amalkan dalam kehidupan harian sebagai umat Islam. Jangan baca jek. Kalau boleh kongsikanlah info sebegini kepada sanak saudara, rakan atau anak-anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan