Assalamualaikum & Salam
Sejahtera. Sekadar peringatan kepada diri kita semua, seperti yang kita semua
sedia maklum pada Hari Jumaat yang mulia ini, adalah disunatkan kita untuk
memotong kuku.Tetapi adakah apa yang kita amalkan itu bertepatan dengan sunnah junjungan
Nabi S.A.W???
Menurut Kamus Dewan, kuku ialah
selaput atau bahagian keras yang tumbuh pada hujung jari manusia, benda
keras yang menganjur yang tumbuh pada hujung kaki binatang (ada yang besar
dan ada yang panjang dan tajam).
Kuku yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta’ala mempunyai peranan dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun kadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.
Kuku yang diciptakan Allah Subhanahu wa Ta’ala mempunyai peranan dan kepentingannya yang tersendiri kepada manusia. Dalam hukum Islam, kuku berperanan dalam beberapa perkara hukum yang tidak seharusnya diabaikan oleh umat Islam. Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun kadang-kadang ia adalah perkara besar, sebagai contoh ketika seorang yang masih dalam ihram haji atau umrah didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.
Beberapa permasalahan yang
berhubungkait dengan kuku dari segi hukum, hikmat memotong kuku,
memanjangkan dan mewarnanya akan dibincangkan.
1. Hukum Dan Hikmat Memotong
Kuku
Memotong kuku adalah termasuk
dalam amalan sunat. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari ‘Aisyah
Radhiallahu ‘anha yang maksudnya:
“Sepuluh perkara dikira sebagai
fitrah (sunnah):
memotong misai, memelihara
janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotongkuku, membasuh sendi-sendi,
mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja),
berkata Zakaria: “berkata Mus’ab:
“Aku lupa yang kesepuluh
kecuali berkumur.”
(Hadis riwayat Muslim)
Memotong kuku adalah sunat bagi
lelaki dan perempuan sama ada kuku tangan atau kaki. Adapun hikmat
daripada pensyariatan memotong kuku ialah menghilangkan segala kotoran
yang melekat atau berkumpul di celah kuku, yang mana kotoran tersebut boleh
menghalang sampainya air ketika bersuci.
Selain daripada itu, jika kuku
itu pula dibiarkan panjang dan segala kotoran atau najis melekat di
dalamnya, nescaya ia boleh menjejaskan kesihatan.
2. Cara Dan Benda Untuk
Memotong Kuku
Sunat memotong kuku bermula
daripada tangan kanan kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan
kemudian kaki kiri.
Menurut Imam an-Nawawi, sunat
memotong kuku bermula jari tangan kanan keseluruhannya daripada jari
telunjuk sehinggalah jari kelingking dan diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri
daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari.
Sementara kuku kaki pula,
bermula kaki kanan daripada jari kelingking sehinggalah ibu jari kemudian
kaki kiri daripada ibu jari sehinggalah
kelingking.
Harus seseorang itu memotong
kukunya dengan menggunakan gunting, pisau atau benda yang khas yang tidak
menyebabkan mudharat pada kuku atau jari sepertimana yang dikenali
sebagai alat pemotong kuku. Setelah selesai memotong kuku,
sayugia segera membasuh tangan (tempat kuku yang telah dipotong)
dengan air. Ini kerana jika seseorang itu menggaru pada anggota lain, ditakuti
akan menghidap penyakit kusta.
Menurut kitab al-Fatawa
al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi bahawa makruh memotong kuku dengan
menggunakan gigi kerana ia boleh mewarisi penyakit kusta.
3. Waktu Memotong Kuku
Dalam perkara memotong kuku,
waktu juga diambil kira dan diambil perhatian dalam Islam. Adapun
waktu memotong kuku itu tertakluklah pada panjang kuku tersebut. Bila-bila masa
sahaja diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak pada
memotongnya. Akan tetapi janganlah membiarkan kuku tersebut tidak dipotong
sehingga melebihi empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan daripada Anas bin
Malik yang maksudnya :
“Telah ditentukan waktu kepada
kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu
ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada empat puluh malam.”
(Hadis riwayat Muslim)
Adapun menurut Imam asy-Syafi’e
dan ulama-ulama asy-Syafi’eyah, sunat memotong kuku itu sebelum
mengerjakan sembahyang Juma’at, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi,
berharuman, berpakaian kemas sebelum pergi ke masjid untuk mengerjakan
sembahyang Juma’at.
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id
al-Khudri dan Abu Hurairah Radhiallahu
‘anhuma berkata yang maksudnya
:
Maksudnya: “Bersabda Rasulullah
Shallallahu ‘alaihi wasallam:
“Sesiapa yang mandi pada hari
Juma’at, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian
yang terbaik kemudian keluar rumah sehingga sampai ke masjid, dia tidak
melangkahi (menerobos masuk) orang-orang yang telah bersaf, kemudian dia
mengerjakan sembahyang apa sahaja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam
keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata sehingga selesai mengerjakan
sembahyang, maka jadilah penebus dosa di antara Juma’at itu dan Juma’at
sebelumnya.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Daripada Abu Hurairah
katanya yang maksudnya :
“Bahawasanya Rasulullah
Shallallahu ‘alahi wasallam memotong kuku dan mengunting misai pada hari
Juma’at sebelum Baginda keluar untuk bersembahyang.”
(Riwayat al-Bazzar dan
ath-Thabrani)
Sementara menurut Ibnu Hajar
Rahimahullah pula, sunat memotong kuku itu pada hari Khamis atau
pagi Juma’at atau pada hari Isnin.
4. Menanam Potongan Kuku
Islam sangat perihatin terhadap
memuliakan anak Adam termasuk memuliakan anggota badan manusia.
Potongan-potongan kuku sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya,
kerana ia salah satu daripada anggota manusia. Sebagaimana disebutkan dalam
kitab Fath al-Bari, bahawaIbnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhu menanam potongan kuku.
5. Memotong Kuku Ketika Haid,
Nifas Dan Junub
Menurut kitab Al-Ihya’, jika
seseorang itu dalam keadaan junub atau berhadas besar, jangan dia
memotong rambut, kuku atau mengeluarkan darah atau memotong sesuatu yang jelas
daripada badannya sebelum dia mandi junub. Kerana segala potongan itu di akhirat
kelak akan kembali kepadanya dengan keadaan
junub.
Rasulullah S.A.W Bersabda, Yang
Bermaksud Barang
Siapa Yang Mengerat Kukunya
Pada ;
Sabtu
Nescaya keluar dari
dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Ahad
Nescaya keluar
daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Isnin
Nescaya keluar
daripadanya gila dan masuk sihat.
Selasa
Nescaya keluar
daripadanya sihat dan masuk penyakit.
Rabu
Nescaya keluar daripadanya was-was dan
masuk kepadanya kepapaan.
Khamis
Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk
kepadanya sembuh dari penyakit.
Jumaat
Nescaya keluar
dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Info Tambahan:-Kuku panjang
mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu
E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan
sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri
sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..
Sumber dari http://blogkomuniti.eng.usm.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan