iklan

Like Cherite Ini

Jumaat, 30 Ogos 2013

Kecantikan Menurut Islam




Wanita suka akan kecantikan. Baru-baru ini aku telah membeli buku berkaitan dengannya sekaligus ingin aku kongsikan bersama kalian. Buku ini di tulis oleh pelajar yang menuntut di sini. Aku sendiri menyukai cara penganalisisnya yang cukup teliti. Sumber yang dipercayai dengan rujukan kitab ulama muktabar. Di sini cuma aku nak ceritakan secara ringkas sahaja agar menjadi rujukan kepada kaum Hawa,kalau ada sesiapa yang memilikinya adalah lebih baik tetapi jika sebaliknya inilah ilmunya.........


Kecantikan menurut Syariat Islam

Allah SWT telah memuliakan manusia dengan menciptakan mereka sebagai ciptaan yang terbaik,dengan sebaik-baik bentuk dan paras rupa yang berbeza dengan makhluk-makhluk ciptaan Nya yang lain.

Firman Allah SWT :

Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik serta kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya di atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan. ( Surah al-Isra:70 )

Oleh demikian dengan kurniaan Allah SWT ini,yang telah menciptakan manusia dengan seelok-elok ciptaan ciptaan maka wajarlah bagi manusia memberikan balasan dengan tiga bentuk :

01. Bersyukur kepada Allah SWT dengan memujinya di atas nikmat yang diberikan Nya.

02. Tidak menyalah gunakan kecantikkan untuk berbuat maksiat kepada Alllah SWT sebagaimana yang dilakukan oleh golongan fasik di tempat-tempat hiburan dan sebagainya.

03. Wajib ke atas seseorang menjaga bentuk rupa parasnya sebagaimana yang dijadikan oleh Allah SWT dengan menjauhkan diri dari segala bentuk perkara yang boleh mengubah atau memburukkan serta memudaratkan kejadiannya.

Kecantikan tidak dikhususkan kepada jenis atau golongan tertentu,bahkan ianya sama sahaja untuk semua lelaki dan perempuan.Namin bagi golongan lelaki ianya adalah perkara yang penyempurnaan atau pelengkap untuk menjaga kemuliaan dengan ketingga nilai dalam masyarakat manusia.Manakala golongan wanita pula,perkara-perkara yang menyokong keperluan asasi dengan menyediakan prasarna yang mencukupi untuk kelangsungan hidup manusia di atas muka bumi ini.

Pembahagian kecantikan

Kecantikan boleh dibahagikan kepada dua bahagian :

01. Kecantikan batin

Perkara yang berkaitan dengan akhlak,ilmu dan akal serta sifat-sifat yang terpuji seperti berilmu,berhikmah,adil,menjauhkan diri dari sifat-sifat keji.

02. Kecantikan luaran

Apa yang dapat dilihat sehingga terpikat dan jatuh hati.Ianyanya merupkan kecantikan ciptaan Allah SWT kepada manusia.Kecantikan dari sudut ini meliputi suara dan paras rupa seseorang.

Kecantikan ini juga dibagikan kepada dua bahagian yang sama dam merupakan asal semulajadi ataupun yang diubahsuai :

Kecantikan asal iaitu kencantikan ciptaan Allah SWT pada rupa manusia.

Kecantikan yang diubah suai iaitu tindakan yang dilakaukan oleh seseorang untuk memperelokkan lagi dengan cara berhias,bercelak,penyuburan dan lain-lain.

Peraturan Am Tentang kecantikan

Seseorang individu yang menjaga akan hak kurnian Alllah SWT ini wajib mengikut syarat-syarat dan pertaturan tertentu yang telah digariskan oleh syariat sehingga tidak melampaui batasan dan mendapat keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat.Peraturan-peaturan tersebut ialah :

Tidak mempercantikan diri dan menghiasnya sehingga mengubah kejadian Allah SWT kerana Allah SWT telah mencipta manusia dengan seelok-elok rupa bentuk,sederhana,sama dan cantik.

Firman Allah SWT :
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
( surah al-Tin )

Tidak tergolong dalam aspek menghias dan mencantikan diri dalam perkara yang boleh memberi kemudaratan kepada manusia

Firman Allah SWT :
Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan dan baikilah diri perbuatan kamu kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya. ( Surah al – Baqarah 195 )

Tidak menghiaskan diri dengan cara penipuan dan untuk membanggakan diri.

Sabda Rasullah SAW :
Barang siapa yang menipu,maka dia bukan dari kalangan kami

Tidak membazir dalam menghias diri.

Firman Allah SWT :
Wahai anak-anak Adam!pakaillah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ketempat ibadat.,dan makanlah dan minumlah,dan jangan pula kamu melampau-lampau,sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.
( Surah al – A’raf :31 )

Menjauhkan diri dari benda-benda najis dan yang diharamkan.Tidak harus menggunakan peralatan kecantikan apabila mengetahui bahawa ianya mengandungi benda yang najis atau yang diharamkan seperti lemak bab...

Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang membawa persamaan antara lelaki dan perempuan atau sebaliknya.

Tidak menyerupai orang kafir dan fasik kerana Nabi SAW bersabda

Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka ia tergolaong daripda mereka.

Disyaratkan bagi wanita agar berhias hanya di rumahnya dan dihadapan mahramnya sahaja.

Firman Allah SWT :
Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu dedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu.( Surah al-Ahzab :33 )

Dalam aspek yang berkaitan dengan pembedahan,kecantikan disyaratkan perkara-perkara berikut :

A ) Mestilah mempunyai hajat yang mendorong perlunya pembedahan.

B ) mestilah dijelaskan bahawa pembedahan adalah bertjuan perubabatan dan bukan kerana selain daripadanya.

C ) Pembedahan ini mestilah diakui oleh doktor yang beragama Islam.

D ) Mestilah menurut sangkaan doktor ianya akan berjaya dalam operasi.

E ) Mestilah seorang doktoryang pakar dan pergetahuan dalam pembedahan tersebut.

F ) Mendapat persetujuan daripada pesakit atau walinya untuk menjalankan proses tersebut.


Sumber dari http://hanan.com.my/print.php?sid=707

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan