Wanita menunjukkan kecantikan dan kejelitaan mereka
dalam berbagai-bagai cara.Inilah yang terjadi pada wanita zaman dahulu dan
zaman sekarang. Sedangkan Allah telah meminta wanita dalam keluarga Nabi
seperti isteri-isteri dan anak-anaknya tidak melakukan pendedahan aurat seperti
yang dilakukan oleh wanita-wanita jahiliah.
Firman Allah SWT bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah......" -Al-Ahzab : 33
Menurut Qatadah, wanita jahiliah berjalan dengan gaya yang ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang diatas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai-rantai dilehernya, subang dan perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda serta bebas bergaul dengan kaum lelaki.
Oleh itu wanita Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya wanita jahiliah tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenar yang dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-nunjuk seperti berikut :
Firman Allah SWT bermaksud :
"Dan hendaklah kamu tetap di dalam rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah......" -Al-Ahzab : 33
Menurut Qatadah, wanita jahiliah berjalan dengan gaya yang ghairah dan mempersonakan. Cara mereka menarik perhatian adalah dengan meletakkan kain selendang diatas kepala tanpa mengikatnya sambil memain-mainkan rantai-rantai dilehernya, subang dan perhiasan-perhiasan yang lain dengan aksi yang menggoda serta bebas bergaul dengan kaum lelaki.
Oleh itu wanita Islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. Gaya wanita jahiliah tidak sepatutnya menjadi ikutan. Tatatertib dalam Islam yang sebenar yang dituntut terhadap wanita Islam untuk menjauhkan diri daripada perbuatan menunjuk-nunjuk seperti berikut :
• Menundukkan pandangan. Sesungguhnya semulia-mulia perhiasan wanita adalah
kesuciannya dan cara menunjukkan kesuciannya ialah dengan menundukkan pandangan
seperti firman Allah SWT yang bermaksud : "Katakanlah kepada wanita yang
beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannya," -An-Nur : 31
• Jangan bergaul bebas dengan lelaki sehingga anggota mereka bersentuh atau
lelaki menyentuh wanita seperti yang biasa berlaku kini dalam bilik kuliah di
universiti, di dalam bas dan seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud :
"Adalah lebih baik bagi salah seorang daripada kamu daripada diketuk
dengan tukul besi yang tajam dikepala daripada menyentuh wanita yang haram bagi
kamu menyentuhnya."
• Pakaian yang dipakai oleh wanita hendaklah selaras dengan apa yang telah
ditetapkan oleh hukum syarak seperti berikut :
1. Pakaian hendaklah menutup seluruh badannya. Melainkan yang kelihatan dari
zahir yang mengikut tafsirannnya muka dan tangan.
2. Pakaian yang dipakai janganlah yang dibuat daripada kain yang jarang, yang
boleh membayangkan susuk badan daripada sebelah dalam pakaian tersebut. Sabda
Nabi bermaksud : "Antara penghuni-penghuni neraka ialah wanita yang
memakai baju tetapi masih bertelanjang, menggoda dan digodai. Mereka ini tidak
akan masuk syurga malah bau syurga pun tidak akan sampai kepada mereka."
3. Pakaian tidak boleh terlalu ketat. Hingga menunjukkan potongan badannya
terutama sekali dibahagian badan yang montok seperti bahagian dada, pinggang,
punggung dan sebagainya walaupun pakaian yang dipakainya itu tidak jarang.
4. Wanita tidak boleh memakai pakaian yang dibuat khas untuk lelaki.
5. Tidak boleh meniru pakaian wanita bukan Islam kerana Islam mempunyai
ciri-cirinya sendiri dari segi penampilan diri, kepercayaan dan sikap. Sabda
Nabi SAW bermaksud ; "sesiapa meniru sesuatu bangsa lain,maka ia adalah
bangsa itu"
6. Wanita Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas,
mengelakkan diri daripada menunjukkan wajahnya persis seorang penggoda.
Bergurau senda dan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak moralnya.
Sifat ini tidak layak dimiliki oleh wanita Islam seperti firman Allah SWT
bermaksud : "janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja(semasa
bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan
orang yang ada penyakit dalam hatinya(menaruh tujuan buruk kepada
kamu)......"-Al-Ahza:32
7. Tidak menarik perhatian lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai
bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya atau perbuatan seumpamanya.
Firman Allah SWT bermaksud : "dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan" -an-Nur:31. Wanita jahiliah
menghentakkan kaki apabila berjalan dihadapan lelaki agar gelang kakinya akan
berbunyi dan didengari serta menarik perhatian lelaki dan menaikkan nafsu
mereka juga dilarang. Sabda Nabi SAW bermasud : "seorang wanita yang
memakai bau-bauan lalu berjalan di khalayak ramai itu merupakan seorang
penzina."
Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam itu ketika di luar rumah apabila
mereka berpakaian menutup aurat, menjaga batas pergaulan, berpengetahuan,
berakhlak mulia dan seumpamanya. Sesungguhnya perintah berpakaian menutup aurat
adalah untuk menyedarkan wanita Islam bahawa mereka adalah wanita beriman dan
bukanlah wanita yang biasa merayau-rayau di jalanan untuk menunjukkan
kecantikan mereka kepada orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan