Setiap
wanita pasti tak lepas dari keinginan untuk selalu terlihat cantik. Namun
apakah makna dari cantik itu sebenarnya? Kebanyakkan dari wanita
memahami cantik itu seperti bintang iklan sabun mandi atau artis di tv, tapi kebanyakkan wanita tidak mengetahui makna cantik sebenarnya menurut Al
Qur’an dan Islam.
Mari bersama kita mengetahui apa itu cantik menurut Al Qur’an dan Islam.
Mari bersama kita mengetahui apa itu cantik menurut Al Qur’an dan Islam.
Menurut buku Ensiklopedia kata-kata Al Qur’an AL Karim yang di keluarkan oleh Dewan Bahasa Arab, Kecantikkan bermakna dengan keanggunan, kehalusan dan keelokkan.
Ada juga yang mengertikan kecantikan dalam kasad mata iaitu hal yang indah yang dapat membuat seseorang menjadi suka dan mencintai.
Kecantikkan tidak hanya di berikan kepada manusia saja tetapi kepada segala sesuatu di alam semesta ini dari ciptaan ALLAH yang indah termasuk di dalamnya haiwan dan tumbuhan. Bukan pada alam semesta dan isinya sahaja, kecantikkan dapat diberikan juga kepada sifat manusia, akhlak dan tabiatnya serta tutur katanya yang indah.
Bagaimana kecantikan dalam pandangan islam?
Islam
adalah agama yang menyeru pada kecantikan dan keindahan. Dimana kecantikkan itu
berupa kecantikkan maknawi iaitu kecantikkan berupa jiwa, akhlak, sifat dan sikap.
Kerana itu dapat kita lihat di dalam Al Qur’an Al Karim kecantikkan wajah atau penampilan fizikal lelaki ataupun wanita jarang disebut, kecuali hanya dua kali saja. Pada penyebutan pertama ALLAH memperingatkan Rasulullah untuk tidak tertipu pada kecantikan fizikal orang-orang munafik kerana penampilan seseorang tidak mencerminkan siapa dirinya.
Seperti dalam firman ALLAH AZZA WA JALLA:”Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka membuatmu kagum. Dan jika mereka berkata-kata,kamu mendengarkan mereka. Mereka seakan-akan kayu yang tersandar.” (QS.Al Munafiqun:4)
Penyebutan yang kedua pada firman ALLAH: ”Tidak halal bagimu menikahi wanita-wanita sesudah itu dan tidak boleh (pula) mengganti mereka dengan istri-istri (yang lain),meskipun kecantikkan mereka menarik hatimu, kecuali wanita-wanita (hamba sahaya) yang kamu miliki. Dan ALLAH Maha mengawasi segala sesuatu.” (QS.Al Ahzab:52)
Maksud dari ”kecantikan mereka” adalah keindahan dan kecantikan Rupa dan Fizikal wanita.
Al Hasan dan Asy Sya’abi mengatakan bahwa kecantikkan yang di maksudkan ALLAH dalam ayat diatas adalah kecantikan yang tersirat pada wajah wanita bangsawan Quraisy yang bernama Asma binti Amis.
Asma binti Amis adalah isteri dari Ja’far bin Abi Thalib yang suaminya mati syahid. Kecantikan wajah beliau sangat terkenal di kalangan kaumnya sehingga Rasulullah Saw berkeinginan untuk menikahinya setelah beliau mendalami keimanan wanita itu.
Rasulullah begitu terpesona dengan kecantikkannya dan berkeinginan memperisterinya.
Untuk menikahinya Rasulullah akan menceraikan salah seorang isterinya, namun ALLAH Ta’ala melarang beliau menceraikan salah seorang isterinya agar dapat menikahi Asma.
Ketika ALLAH menyebut cantik Hiasan dalam Al Qur’an, ALLAH menyebut sebagai sifat bidadari: ”Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (QS.Ar Rahman:70)
Kecantikan hiasan haruslah di dahului dengan kecantikan ”Khairaat” agar kita wanita tahu bahawa seorang wanita yang baik adalah wanita yang memiliki kecantikan sifat dan akhlak lebih baik dari pada wanita yang memiliki kecantikan fizikal dan rupa semata-mata. Secara ringkasnya dapat dikatakan bahawa dalam Al Qur’an ALLAH tidak memberikan petikan khusus pada kecantikan fizikal dan rupa bagi wanita ataupun lelaki.
Seperti pada Hadits Rasulullah berikut ini: ”Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada bentuk rupa dan harta kalian,tapi ia melihat hati dan amal kalian.” (HR.Muslim,Ahmad dan Ibnu Majah)
Dalam Hadits lain Rasulullah mengatakan bahwa wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Dari Amr ibnu ra : ”Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhisannya adalah wanita solehah.” (HR.Muslim,Ibnu Majah dan An Nasai)
Jadi kecantikan dalam Al Qur’an dan Islam bukan di lihat pada kecantikan fizikal dan rupa semata-mata tapi lebih pada kecantikkan Sifat, tabiat, kebaikan hati dan akhlak seorang wanita. Wanita tidak perlu takut tidak cantik kerana setiap wanita itu cantik dan indah apabila mempunyai akhlak yang indah, buat apa rupa dan fizikal kita cantik tapi hati tidak cantik kerana kecantikan fizikal dan rupa akan hilang seiring waktu dan usia berlalu terkecuali bagi yang surgery mungkin kecantikkannya bertahan tapi apa ada orang yang mahu dengan yang palsu?
Kecantikan Akhlak dan kebaikan hati tidak akan pernah hilang walau di makan waktu dan usia akan tetap abadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan