iklan

Like Cherite Ini

Jumaat, 19 Julai 2013

Kenapa Kita Malas Solat???


Tak kira di mana jua kita berada solat itu adalah wajib ditunaikan. 

KITA tu aku merujuk pada orang Islam bukan orang melayu sahaja. Sebab selagi kita beragama Islam, kita adalah bersaudara. Kalau kita bersaudara maksudnya kita kena saling tolong menolong dan saling nasihat menasihati dalam perkara kebaikan. Takkan lah nak menasihati supaya buat jahat. Ada ke? Ntah...

Persoalan kenapa kita malas solat ni melibatkan semua orang beragama Islam. Kalau kita mengaku kita Islam , kenapa kita malas solat ek? Mesti ada sesuatu yang menyebabkan kita malas solat. Adakah solat itu sendiri satu perbuatan yang menyusahkan atau tak best? Aku sentiasa tercari-tercari kenapa kita malas solat. Ok Fine, dulu aku pun macam tu juga tapi sekarang alhamdulillah terus terang aku katakan aku seronok solat. Bukan nak bangga diri. Benda baik bagus kita bagitau. Lagipun benda wajib, buat dapat pahala, kita tinggalkan dapat dosa. Semua kenangan 'berdosa' yang kita buat dulu-dulu, dah pun berlalu. Ada yang kita sendiri pun dah tak ingat tapi dosa tetap ikut kita sampai ke mati. So untuk menghilangkan dosa tersebut, kita bertaubat dan bersolat. Sendiri fikir... 



“ Sesungguhnya Allah Ta’ala membentangkan tangan-Nya pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang berdosa pada waktu siang dan Dia membentangkan tangan-Nya pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang berdosa pada waktu malam hingga terbitnya matahari dari tempat terbenamnya [1]) “ (HR Muslim)
“Allah ta’ala berfirman : Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau berdoa dan berharap kepada-Ku niscaya Aku akan mengampunimu apapun yang ada pada dirimu. Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu menjulang ke langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya Aku akan mengampunimu. Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau mendatangi-Ku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan-Ku sedikitpun maka aku akan memberimu ampunan sepenuh bumi “(HR Turmudzi) 


Allah itu Maha Benar.


Aku terfikir apa salahnya aku bagitau korang cara nak menyeronokkan solat. Semua ini ada cuma kita tak tahu atau tak mencari. Amacam? Terpulanglah pada korang nak ikut ke tak.


Korang pun tahukan solat tu amek masa banyak manalah pun. Paling lama lah kita solat sendiri adalah 10 minit. Ada yang 5 minit pun tak sampai. Takpe at least solat gak. Tapi bagi aku , kalau solat 5 minit jer, itu tak dikira solat. Hanya Allah yang mengetahui. Tak tahu lah kalau kita solat 5 minit dengan kusyuk giler. Manalah tahu ada orang sehebat itu. Alhdamdulillah. Itu kita belum kira hukum solat berjemaah. 



Diriwayatkan dari Abu Huroirah, seorang lelaki buta datang kepada Rasulullah dan berkata, “Wahai Rasulullah, saya tidak memiliki penunjuk jalan yang dapat mendampingi saya untuk mendatangi masjid.” Maka dia meminta keringanan kepada Rasulullah untuk tidak sholat berjama’ah dan agar diperbolehkan sholat di rumahnya. Kemudian Rasulullah memberikan keringanan kepadanya. Namun ketika lelaki itu telah beranjak, Rasulullah memanggilnya lagi dan bertanya, “Apakah kamu mendengar adzan?”, Ia menjawab, “Ya”, Rasulullah bersabda, “Penuhilah seruan (adzan) itu.”
(HR. Muslim). 


Tengok kalau orang buta pun tidak dapat keringanan, apatah lagi kita yang normal dan sihat ini. Adakah Islam itu kejam sampai tak boleh berlebih kurang dengan orang yang tak sempurna? Allah Maha Mengetahui. Tak tercapai akal kita nak mempertikaikannya. Yang penting, kita sebagai HAMBA, wajib bersolat. Itu arahan samada iklas ke tak, sakit ke tak, seronok ke tak, terpaksa ke rela, kita kena buat. Dah termaktub macam tu. Sama juga selalu kita dengar ramai wanita yang tak bertudung cakap, 'alaaaa kita kalau bertudung pun kalau tak iklas , hipokrit, ngumpat sana sini, buat apa'. Salah tu, persoalan sekarang ini adalah menutup aurat tu wajib. Samada korang buat jahat ke tak, iklas ke tak, itu perkara lain. 


Takpe at least kita mulakan dengan solat sendiri-sendiri yang dah lama kita tinggalkan. Entahlah macamana nak ganti :( InsyaAllah ada usaha boleh ganti. Allah Maha Penyayang. Walaupun lama kita tak ingat Dia, ataupun kadang-kadang ingat Dia tapi dia Maha Penyayang masih lagi beri kita makan, tidur, gembira dan yang penting masih beri kita nafas. 


Kita ni kira bersyukur lah dok kat Malaysia. Solat pun nyaman jer. Tempat lain nyaman gak macam dalam gambar ni. Dorang dalam keadaan apa pun dorang solat gak. Ingat Allah. Kita?


So, kalau kita nak solat, kita solat betul-betul dan iklas. Takde maknannya kalau kita solat hanya sekadar nak nunjuk-nunjuk. Nak nunjuk kat sapa? Kat anak bini ke? kat anak suami ke? kat mak ayah mertua ke? Kat kenkawan ke? Isk takde faedah pun. Dapat dosa lagi ada. Kita solat nak kan pahala dan keredhaanNya.



Allah berfirman yang bermaksud:

"Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka hanya bertujuan riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).
(Surah an-Nisa: 142). 


Dah terbukti memang Allah Maha Mengetahui dan Maha Benar. So aku fikir pun kita solat sebab solat tu wajib. Okey kita solat. Tapi solat kita dah betul ke? Kita solat dalam kusyuk ke? 


Kenapa kita tak kusyuk? Macamana nak kusyuk ek? Kenapa orang lain leh kusyuk , kita tak leh kusyuk? Kat mana salahnya kita bersolat? Bagi aku ada 3 perkara yang perlu kita lakukan dalam solat jika nak kusyuk. Kusyuk maksud di sini bukanlah kita langsung tak dengar atau nampak apa-apa di luar solat. Kusyuk di sini ialah kita lebih tumpukan kepada Allah yang disembah.  InsyaAllah kalau korang ikut 3 perkara ini, korang akan seronok bersolat. Aku dah alami so ni aku bagitau korang. Korang boleh cuba. Kalau korang amalkan dengan 3 perkara ini, masa korang bersolat pun tak rasa lama padahal hampir 20-30 minit berlalu. Korang akan seronok. InsyaAllah.



Pertamanya, kita kena tahu apa yang kita baca dalam solat. AllahuAkbar tu apa? Maksud Al-Fatihah yang kita baca? Tasbih dalam rukuk, maksud dia apa? Semua. So kita tak lah macam burung kakak tua, tahu sebut jer tak tahu maknanya.


Kedua, Kita kena Tu'maninah. Tenang. Relex. Jangan Kelam kabut. Mula dari Takbir. Relex. Baru baca. Lepas Fatihah. Relex. Baru sambung, surah. Relex. Pastu baru rukuk. Dah betul-betul rukuk, baru baca tasbih rukuk. Pas tu iktidal. Relex jangan kelam kabut turun untuk sujud. Lepas dahi dan hidung sampai ke  lantai. Relex. Baru baca tasbih sujud. Begitulah sampai habis solat. Tu'maninah tu penting. 


Dan yang ketiga, kita solat menghadap Allah. Tengah berhadapan denga Allah. So kita kena yakin Allah melihat kita. Barulah kita buat semua betul.


Korang cubalah. Aku pasti korang akan seronok bersolat dengan 3 perkara tersebut. Perkara ini pun memang dituntut oleh Islam dalam bersolat. Ikut 3 perkara ini, aku yakin korang akan kusyuk. Akhirnya korang amat seronok bersolat. Cubalah....

1 ulasan:

  1. Terima kasih di atas segala nasihat. Seronok membacanya. Insyaallah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan