Solat merupakan satu kewajipan bagi muslim. Tetapi, ramai
yang mengambil sikap acuh tak acuh dalam bersolat. Solat dah jadi macam perkara
yang diambil mudah oleh orang ramai. Ada mood nak buat, buat, bila malas, ahh
lantaklah.
Beberapa punca telah dikesan menggunakan kepala otak dan
juga pemerhatian harian |Skuad Pencarian Sebab Munasabab|
1) Mak bapak tak prihatin
- salah satu sebab, yang mana mak bapak tak mengambil berat
tentang perihal solat anak-anak di waktu kecil. Anak-anak cuma tahu pasal
hal-hal agama melalui pelajaran di sekolah. Sehinggalah bila tiba usia matang,
solat bagaikan satu perkara asing dan susah hendak dibuat.
2) Terpengaruh dengan kawan
- salah pilih member. Yang tu satu masalah , yang menjadi
lagi bermasalah bila perangai member yang malas solat pun diikuti. Yela, dah
sama-sama keluar lepak, shoping sakan, solat tinggal jelah.
3) Trend
- ikut perkembangan masa. Kononnya sekarang ni trend orang
tak solat, kita pun sama ikut tak solat. Ada ke?
4) Muslim pada nama
- menjadi seorang muslim kerana keturunan. Yela, sebab
atok-nenek dahulunya Islam. Bangganya menjadi seorang muslim, tetapi ciri-ciri
Islam langsung tiada.
5) Penat bekerja
- sakan bekerja, tetapi solat ditinggalkan. Terlalu
melebihkan dunia sehingga lupakan ukhrawi. OT 5jam sehari, solat 5minit pun tak
mampu.
6) Sikap pemimpin
- pemimpin yang terlalu mengejar keduniaan, rakyat
disuap kemewahan, sehingga lupa untuk berbicara tentang soal akhirat.Cuba kira
berapa kali hal solat disentuh oleh pemimpin dunia?
7) Hiburan yang melampau
- kemajuan teknologi. Pelbagai benda dicipta untuk
keseronokan dunia. Panggung Wayang, Theme Park,TV dan lain-lain lagi. Solat
menjadi perkara ke-100 dalam perkara yang hendak dibuat di dalam sehari.
8) Makan
- hidup untuk makan. Terlalu banyak makan sehingga
menimbulkan malas solat. Lebih-lebih lagi sekarang ni puasa. Masuk je waktu
berbuka, 18 jenis makanan dari 18 bazar ramadhan berbeza terhidang. Maghrib?
Tidurlah gamaknya.
9) Tidur
- tidur dah macam beruang koala berhibernasi. Kalau dah
tidur 18jam sehari, solat melambung ke sana sini lah jawabnya.
10) Tak takut mati
- tak tahu bila mati. Tu yang kadangkala jadi
sebab malas solat. Kalau tahu esok mati, agak-agak malam ni tak tidur malam
kaver solat yang terlepas campur dengan solat sunat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan