Dalil tentang membaca tasbih dalam rukuk dan sujud:
Dari Ukbah Bin Amir r.a. katanya
“Tatkala turun ayat suci (Fasabbih Bismirabbikal Azim..)
kepada Rasulullah, beliau bersabda: “Jadikanlah (bacaan Tasbih) itu dalam rukuk
kamu”. Kemudian tatkala turun ayat suci (Sabbihis Marabbikal A’la), Rasulullah
s.a.w bersabda “”Jadikanlah (bacaan Tasbih) itu dalam sujud kamu”
Lafaz tasbih:
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud
daripada Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah SAW apabila membaca ayat: “Sabbihis
marabbikal-a’la, Baginda membacaSubhana Rabbiyal-a’la (Maha Suci
Allah Yang Maha Tinggi).”
Dari Huzaifah r.a. bahawa ia sembahyang bersama-sama Nabi
Muhammad s.a.w., lalu (didengarnya) baginda membaca dalam rukuknya:
“Subhana Rabbiyal Azim”, dan di dalam sujudnya: Subhana Rabbiyal A’la”….. (
Hadith sanad Hasan Sahih – Riwayat Tirmidzi)
Ada juga hadith yang sanadnya lemah dari riwayat Abu Daud
yang menambah perkataan “wabihamdihi”…dibelakang lafaz tasbih.
Dilarang baca selain tasbih, walaupun ayat al-Quran dalam
ruku’ dan sujud. Misalnya membaca “Lailaha illa anta, subhanaka inni kuntu
minazz zolimin” (yang di baca sesetengah orang semasa sujud dalam sembahyang
hajat), kerana ia adalah ayat quran. Kalau nak baca, bacalah dalam “sujud
selepas salam”):
Dari Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah
s.a.w. membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)
Dari Ibnu Abbas r.a katanya:”Rasulullah s.a.w membuka tirai
(kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah
sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:”Sesungguhnya
tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan,
kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah!Aku dilarang membaca al-Quran
dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan
perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan