Panduan
Solat Sunat Tahajjud
Terdapat
berbagai cara untuk melakukan sembahyang Tahajjud. Kesemua ini pernah dilakukan
oleh Rasulullah. Di antara cara-cara nya adalah:-
Cara
yang diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a., iaitu:
Bahawa
Rasulullah bangun dari tidurnya, lantas bersugi dan berwuduk. Kemudian baginda
membaca awakhir (awal dan akhir) surah Ali Imran. Setelah itu baginda berdiri
dan sembahyang dua rakaat dengan memanjangkan berdiri, rukuk dan sujud. Sesudah
itu baginda tidur agak sebentar, kemudian bangun dan melakukan sebagaimana yang
dilakukan tadi. Demikianlah berulang-ulang hinga sampai tiga kali sembahyang.
Dan baginda akhiri Tahajjudnya itu dengan tiga rakaat Witir. Ketika azan Subuh
berkumandangoleh muazzin, baginda keluar untuk pergi ke masjid, ketika itu
Rasulullah s.a.w. membaca doa:
"Bahawa
Rasulullah membuka sembahyangnya dengan dua rakaat yang ringan. Kemudian
bersembahyang sebanyak 10 rakaat sunat Tahajjud dengan lima salam, akhirnya
baginda melakukan sembahyang Witir sebanyak satu rakaat."
Di dalam riwayat yang lain,
Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah mengerjakan dua rakaat Iftitah, kemudian
sembahyang Tahajjud sebanyak 6 rakaat dengan 3 salam. Akhirnya mengerjakan
sembahyang Witir 5 rakaat dengan satu tasyahud dan satu salam.
Sementara dalam riwayatnya yang lain pula, Aisyah menerangkan bahawa Rasulullah
mengerjakan sembahyang Tahajjud sebanyak 8 rakaat dengan 2 tasyahud dan 2 salam.
Kemudian melakukan sembahyang Witir sebanyak 3 rakaat.
1. Sebelum mengerjakan solat Tahajjud baca doa berikut
2.
Niat solat Tahajjud:
(Ushalli
sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku
menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
3.
Surah selepas Al-Fatihah:
a.
Rakaat pertama : Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua :
Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
b. Rakaat pertama : Ayat Al-Kaafirun
Rakaat
kedua : Surah Al-Ikhlas
c.
Rasulullah SAW membaca 10 ayat terakhir, surah Al-Imran, pada
solat Tahajjudnya.
4.
Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut
3 kali:
5.
Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW
ini:
6. Doa Solat Sunat
Tahajjud
KELEBIHAN
SOLAT TAHAJJUD
- Tahajjud
adalah solat sunat yang paling afdal.
- Doa
dimakbulkan Allah.
- Memperolehi
ketenangan jiwa.
- Merasai
diri hampir kepada Allah SWT.
- Diberikan
keistimewaan oleh Allah SWT.
- Memperolehi
pertolongan dan rahmat Allah.
- Menewaskan
gangguan dan godaan syaitan.
- Mencegah
dosa dan menghindari penyakit.
- Menjadi
lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
- Allah
SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
- Terkeluar
daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
- Dihormati
masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
- Allah
SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
- Orang
bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
- Diberi
keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
- Mendapat
kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
- Meninggikan
martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
- Memudahkan
hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.
MEMUDAHKAN
SOLAT MALAM:
- Sebelum
masuk tidur, berniat ingin melakukan solat tahajjud.
- Menjauhkan
diri daripada perbuatan maksiat.
- Bersederhana
makan dan minum pada waktu siang.
- Membaca
ayat-ayat Al-Quran.
Rasulullah
SAW bersabda:
“Sesiapa
yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan solat sunat
Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu
sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang
diberikan kepadanya.”
(Riwayat
al-Nasa’i dan Ibnu Majah r.a.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan