iklan

Like Cherite Ini

Jumaat, 14 Jun 2013

Lagi Artis Berhijab

Foto Fiza Elite manis bertudung penuh

Jika diperhatikan sudah semakin ramai artis mahupun selebriti wanita yang telah berhijrah untuk bertudung atau berhijab. Baru-baru ini, seorang lagi selebriti tanah air, giliran Fiza Elite pula mengikuti jejak langkah rakan-rakan artis sebelum ini yang telah tampil bertudung



Perkara ini turut dikongsikan sendiri oleh Fiza kepada peminat menerusi akaun laman sosial Instagram miliknya dengan memaklumkan sejak 6 Jun penuh lalu, beliau telah tampil dengan imej sopan dan bertudung.











Ketika menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 30 pada Ogos 2011 yang lalu, Fiza Elite ada meluahkan hasrat beliau untuk berubah ke arah diri sendiri yang lebih baik & salah satu niatnya adalah untuk berhijab.

Setahun sembilan bulan selepas itu, Fiza Elite nampaknya telah berjaya menunaikan hasrat beliau itu dengan tampil bertudung penuh pada 6 Jun 2013 yang lalu — dan di’umum melalui akaun Instagram.

“Memang saya terfikir untuk bertudung sejak beberapa bulan ini. Saya tak mahu terburu-buru takut nanti saya melakukannya separuh jalan sahaja”
“Mahu berubah ini bukan setakat bertudung sahaja, tapi memerlukan kita untuk berubah secara dalaman juga”
“Cukupkah amalan kita? Cukupkah sembahyang kita?… tetapi kalau suatu hari nanti, anda lihat saya bertudung… itulah dia,” ujar Fiza Elite yang pernah popular dengan imej seksi di zaman remaja.

Berikut beberapa keping imej berhijab terbaru Fiza Elite — manis ‘kan?
















1 ulasan:

  1. Alhamdulillah, tercapailah harapan saya pada ahli kumpulan Elite semua ni, memang dari dulu ingin lihat dia org tampil secara solehah , kan bagus skrg ni , semua kelihatan lebih anggun berseri.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iklan