2 perkara yang selalunya dilema dan menghantui diri kita.
Antara Solat Subuh ataupun tidur. Melalui kajian Encik Ji, majoritinya lebih
suka tidur daripada bangun solat subuh. Di sebalik selimut, terdapat
setan-setan yang sedang mengikat tubuh kita dan memeluk kita daripada bangun
untuk bersolat. Hanya orang yang betul-betul gagah je mampu melawan si setan
durjana. Walau badan korang setegap Jacob Twilight, sekuat Encik Ji, belum
tentu setan tu mampu ditendang dan disepak. Yang betul-betul gagah dari segi
Iman je yang betul-betul mampu.
Tidur amatlah syok di kala pagi yang mana ketika itu tubuh kita berada dalam
keadaan yang ceria dan exciting. Kecenderungan kepada tidur amatlah tinggi.
Lebih-lebih lagi rata-rata rumah di Malaysia sekarang mempunyai penghawa dingin
yang berjenama Panasonic yang ternyata lebih murah jika dibeli terus dari
kilang.
Korang-korang yang mampu bangun subuh ( bukan subuh gajah ) ternyatalah lebih
kuat daripada penghawa dingin tu. Tetapi, yang tidak mampu, tidak semestinya
korang adalah golongan yang lemah, cuma mungkin korang golongan yang memang tak
pernah niat nak bangun subuh. Macam mana nak bangun subuh, kalo niat pun
samar-samar.
Seelok-elok subuh ialah didahulukan dengan solat sunat. Bagi yang betul-betul
gagah, mungkin sudah didahului dengan solat-solat sunat hajat. Jika diberi
pilihan, antara tidur dengan bangun solat subuh, sudah tentu ramai yang memilih
tidur kerana ganjaran menunaikan subuh tidak nampak di depan mata.
Bagi kawan-kawan yang selama ni memang kantoi dengan subuh, antara cara nak
betul-betul bangun pada waktu subuh ialah jangan tidur dalam keadaan yang
terlalu selesa. Jika sudah beralaskan tilam yang empuk, berselimut tebalkan
selimut diimport khas dari bulu biri-biri, memang teramatlah masalah. Jadi ,
elakkan terlalu tidur yang selesa . Kalau boleh, gunakan bantal yang keras
ala-ala cerita cina zaman dinasti Han.
Yang paling penting ialah tetapkan niat yang betul-betul. Kerana dengan
niatlah, setiap perbuatan bermula. Dan bila dah dapat bangun, jangan tunggu
lama di atas katil, terus mengambil wuduk. Bagi yang memang susah nak angkat
kepala, sediakan air di sebelah katil bilaman korang dah bangun tu, minum air
dan disusuli dengan mengambil wuduk.
Jangan biarkan tidur mencacatkan permulaan hari kita yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan